SENARAI HERBA-HERBA YANG TERBAIK BAGI MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT DAN EFEKTIF

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai pilihan dan cara untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil ubat-ubat tertentu yang datang dalam bentuk pil dan menjanjikan kesan penurunan berat badan yang pantas dan tiada kesan sampingan. Mungkin masih ada yang termakan dengan janji-janji dari penjual pil tersebut dan terus obses untuk mendapatkan berat badan idaman. Akhirnya, tanpa disedari pil-pil tersebut telah memberikan kesan sampingan dalam jangka masa pendek dan panjang. kebanyakan pil-pil tersebut mengandungi kandungan kafein dan berbagai bahan kimia lain yang memaksa organ kita untuk bekerja lebih cepat untuk membakar lemak dan akhirnya memudaratkan. Ramai yang tidak tahu, terdapat pelbagai herba yang efektif dan selamat untuk mendapatkan berat badan ideal. Berikut adalah senarai herba tanpa kesan sampingan dan selamat untuk menurunkan berat badan : 

GINSENG ROOT
  • Mempunyai elemen anti-obesiti di mana kajian telah menunjukkan ginseng mampu menurunkan berat badan dengan membantu hormon dan enzim tubuh badan untuk mengawal proses pembentukan lemak dan mengelakkan lemak dari berkumpul.
  • Membantu mengawal kadar gula dalam darah dengan menukarkan karbohidrat kepada tenaga dengan pantas.(karbohidrat tidak akan bertukar kepada lemak)
  • Meningkatkan sistem penghadaman dengan mengelakkan usus dari menyerap lemak berlebihan.
CHINESE OOLONG
  • Herba yang paling terkenal untuk menguruskan badan dalam masyarakat cina, tapi malangnya tidak semua orang tahu tentang fungsi herba ini.
  • Mempunyai kadar anti-oksidan yang tinggi dan membantu meningkatkan metabolism dan daya immun badan.
  • Mempercepatkan proses pembakaran lemak.
  • Mengawal selera makan (bagi yang kuat mengunyah).
  • Mempunyai elemen penyekat kolestrol dan lemak sebanyak 50% secara semulajadi.
GINGER ROOT
  • Ramai yang tidak tahu, halia mampu mengawal kadar kolestrol dalam darah, bukan sahaja mengawal kolestrol,tapi mencairkan darah pada tahap yang sesuai dengan badan. badan akan berasa lebih ringan kerana perjalanan darah dapat ditingkatkan
  • Juga mampu meningkatkan metabolism dan daya immun badan
  • Herba paling efektif untuk masalah angin dalam badan, juga mampu membersihkan usus dan meningkatkan sistem penghadaman.
LEMONGRASS
  • Serai boleh bantu anda untuk kuruskan badan ? Ya, serai bukan saja menjadi bahan dalam masakan dan perasa, tapi menjadi salah satu kegunaan perubatan untuk kesihatan tubuh badan
  • serai mampu mengawal selera makan kerana kandungan kalorinya yang mencukupi mampu memberikan tenaga dan rasa kenyang
  • serai juga mampu mengatasi masalah ‘munching’ iaitu apabila kita sentiasa rasa ingin mengunyah sesuatu.
MATE LEAVES(YERBA MATE)
  • Dikenali sebagai yerba mate yang hanya boleh didapati di negara-negara Amerika Selatan seperti Argentina, Chile, Peru, Brazil, Uruguay dan Paraguay.
  • Herba ini bertindak sebagai perangsang dengan kandungan utama yang dikenali sebagai mateine, ia serupa dengan kafein, tetapi tidak mempunyai kesan sampingan seperti kafien 
  • Mateine dalam yerba mate boleh membantu meningkatkan metabolisme dan meningkatkan tenaga dan membantu proses dalam proses pembakaran lemak 
  • Juga mampu menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah
DANDELION LEAVES
  • Herba ini juga merupakan salah satu herba untuk menguruskan badan kerana mempunyai kesan diuretik 
  • Kesan diuretik ini mampu membantu untuk membuang lemak air dalam badan dengan kadar yang ditetapkan. 
  • Herba ini juga mampu meningkatkan pembakaran kalori untuk dijadikan tenaga
  • Herba ini hanya sesuai diminum pada waktu siang
FENNEL SEEDS
  • Fennel Seeds atau benih bunga matahari ini asalnya menjadi amalan di India bagi membantu untuk menguruskan badan.
  • Mempunyai elemen untuk meningkatkan metabolisme, mengurangkan rasa lapar, membersihkan darah untuk mengelakkan lemak terkumpul dalam hati, membersihkan toksin dalam badan.
  • Membantu dalam membersihkan darah dan menigkatkan fungsi buah pinggang
BURDOCK ROOT
  • Nama saintifik arctium lappa, digunakan secara meluas di eropah sepanjang abad sebagai ‘perubatan semulajadi’ untuk masalah penghadaman.
  • Mempunyai kandungan inulin yang mampu meningkatkan metabolisme untuk pembakaran lemak.
  • Melindungi organ dalaman khususnya hati yang sering terdedah dengan toksin dari makanan dan minuman yang dimakan, terbukti secara klinikal dalam kajian yang dibuat, mampu menghalang kerosakan hati.
  • Membersihkan saluran darah (detoxifies blood) dari sebarang toksin dan mampu meningkatkan perjalanan darah ke kulit, memperbaiki tektur kulit. 
LIQUORICE ROOT
  • Glycyrrhiza glabra, yang dikenali sebagai liquorice, merupakan ubat herba tradisional untuk masalah kesihatan.
  • Beberapa kajian menyokong penggunaan herba ini untuk penurunan berat badan dan pengurangan lemak.
  • Kebaikan khusus ialah untuk mengurangkan ‘body fat mass’ iaitu berat badan yang disebabkan lemak berlebihan seperti di bahagian peha, lengan dan perut.
  • Juga mampu mengawal kandungan gula dalam darah.
PEPPERMINT
  • Daun pudina bukan saja digunakan untuk perasa dalam masakan dan minuman, tetapi baik untuk membantu menurunkan berat badan
  • Membantu anda untuk mendapatkan tidur yang cukup (bagi yg bermasalah insomnia, kekurangan waktu tidur memang menggemukkan)
  • Meningkatkan sistem penghadaman
  • Meningkatkan sistem immun dan metabolism badan.
FANUGREEK SEEDS
  • Salah satu herba yang terkenal di India untuk membantu masalah penghadaman, menstruasi dan diebetes.
  • Kaya dengan galactomannan, mencetuskan pemecahan lemak dan metabolisme gula dalam badan. Ini membantu dalam pembakaran kalori dan lapisan tambahan lemak dari badan.
  • Mengawal kandungan gula dalam darah dan Mengurangkan risiko kolestrol tinggi dan sakit jantung.
  • menyingkirkan toksin dalam badan.
HAWTHORN BERRY
  • Sejenis beri yang terkenal dan digunakan untuk menguruskan badan.
  • Bukan sahaja tinggi dengan anti oksidan, tapi mampu mengimbangkan kandungan air dalam badan dengan menyingkirkan sodium berlebihan (kandungan sodium menyebabkan lemak air berlebihan).
LOTUS LEAVES
  • Dalam bahasa melayu, daun bunga teratai. Ya ! Daun teratai bunga indah ni mampu menguruskan badan kerana :
  • Meningkatkan perjalanan darah (mengurangkan tekanan darah tinggi).
  • Mengurangkan stress dan kebimbangan (stress juga penyebab gemuk
  • Meningkatkan fungsi hati.
  • mempunyai elemen anti bakteria (buang segala bakteria dalam badan).

DIMANAKAH ANDA BOLEH MENDAPATKAN HERBA-HERBA DI ATAS ?

KEDAI HERBA DAN PERUBATAN CINA 

Anda boleh mendapatkan hampir kesemua herba-herba ini di kebanyakan kedai herba dan perubatan cina. Tetapi, untuk membeli dan mencari setiap herba berikut akan memakan masa dan kos anda kerana anda perlu membeli setiap herba mengikut berat minimum dan anda perlu merebus herba-herba tersebut untuk diminum pada masa-masa tertentu. Anda juga perlu mahir dalam mencampurkan setiap herba untuk dijadikan teh, dan ini sangat memerlukan pengetahuan dan kajian mendalam tentang herba-herba berikut.

 

INGINKAN CARA YANG MUDAH UNTUK MINUM HERBA-HERBA DI ATAS DENGAN SELAMAT DAN KOS EFEKTIF ?

LuSlimLaBeb.. Teh Herba Kurus Badan Berasaskan 100% Herba Sebenar !

Menggunakan gabungan 13 herba terbaik untuk membantu menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan idaman anda !

Ratusan testimoni pengguna yang berjaya kurus dalam masa 10/20/30 hari tanpa sebarang kesan sampingan seperti pil kurus !